Powered By Blogger

Rabu, 8 Oktober 2008

Kerajaan Maritim
1.
Kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan masyarakatnya menjalankan kegiatan
yang berkaitan dengan laut seperti perdagangan.
2.
Sungai dan laut dijadikan sebagai sistem perhubungan utama
3.
Keadaan ini menyebabkan munculnya pelabuhan-pelabuhan yang berfungsi dalam
kegiatan perdagangan
4.
Pelabuhan-pelabuhan kerajaan maritim menyediakan pelbagaii kemudahan
seperti bekalan air, tempat menyimpan barang dan pasar atau kawasan jual beli
5.
Segala kemudahan yang disediakan adalah untuk memberi keselesaan kepada
pedagang-pedagang sementara menunggu perubahan angin untuk belayar
6.
Antara kerajaan maritim yang terkenal di sekitar Selat Melaka dan Laut China Selatan
ialah seperti Kerajaan Cih Tu, Champa dan Kedah Tua
7.
Kawasan sekitar Selat Melaka dan Laut Jawa pula muncul kerajaan Srivijaya
8.
Pedagangan kerajaan Maritim meliputi kawasan sekitarnya, serantau, perdagangan
antarabangsa dan entrepot
9.
Pelabuhan entrepot berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang
10.
Barangan dari kawasan pedalaman dan pulau yang berhampiran ialah seperti
hasil hutan, rempah ratus, ubat-ubatan, damarm gaharu dan cendana
11.
Pedagang dari Negara China, India, Arab dan Eropah amat memerlukan barangan ini.
Barangan ini dijual dengan harga yang mahal
12.
Aktiviti perdagangan seperti ini membawa kepada perdagangan bercorak antarabangsa
13.
Oleh sebab perdagangan adalah aktiviti ekonomi utama kerajaan meritim, masyarakat
maritim sudah tentu mahir dalam tekknologi pembinaan kapal

Tiada ulasan: