Powered By Blogger

Rabu, 8 Oktober 2008

Kerajaan Agraria
1.
Kerajaan Agraria adalah kerajaan yang terletak di pedalaman dan ekonominya bergantung
kepada pertanian.
2.
Kerajaan ini terletak di lembangan sungai dan kawasan pedalaman.
3.
Antara kerajaan ini ialah kerajaan Funan dan kerajaan Angkor. Kedua-dua kerajaan ini
Lembah Mekong
4.
Pada peringkat permulaan, kegiatan utama masyarakat ini ialah
a. Mengutip hasil hutan
b. Berburu
c. Menangkap ikan
5.
Setelah tinggal menetap, mereka mula menjalankan kegiatan pertanian secara tetap dan
menternak binatang
6.
Hasil utama pertanian ialah ubi taro, padi huma dan padi sawah
7.
Penggunaan air amat penting dalam aktiviti pertanian dan penternakan. Oleh yang demikian,
membina empangan dan terusan untuk menjalankan pertanian dan penternakan binatang
8.
Benteng dan terusan ini dapat membekalkan air untuk mengairi kawasan pertanian seperti
sawah padi
9.
Raja atau pemerintahh pula bertanggungjawabb membina terusan dan menguruskan sistem
pengairan yang dibina
10.
Kegigihan masyarakat agraria ini berjaya membina kerajaan yang terkenal seperti
kerajaan Funan dan kerajaan Angkor
11.
Pertanian merupakan sumber ekonomi utama bagi kedua-dua kerajaan ini
12.
Kegigihan rakyat serta kerjasama antara pemerintah dengan rakyat telah berjaya menguasai
teknologi pembinaan terusan dan saliran akhirnya membentuk sebuah kerajaan agraria
yang kuat
13.
Ini terbukti pertanian juga dapat membantu sebuah kerajaan menjadi maju jika diusahakan
dengan gigih

Tiada ulasan: