Powered By Blogger

Ahad, 19 Oktober 2008

LANGKAH-LANGKAH PARAMESWARA MEMBINA MELAKA
Sistem Perundangan
1.
Parameswara juga telah mewujudkan sistem perundangan untuk perdagangan, kegiatan
pertanian dan kesalahan jenayah
2.
Sistem perundangan ini akan membantu mengekalkan keamanan dan keselamatan Melaka
oleh yang demikian Parameswara dapat membina Melaka dengan berkesan
LANGKAH-LANGKAH PARAMESWARA MEMBINA MELAKA
Bantuan Orang Laut
1.
Mewujudkan keamanan dengan membentuk sebuah angkatan laut demi menjamin
keamanan dan kemakmuran Melaka
2.
Angkatan laut ini terdiri daripada Orang Laut untuk melindungi pedagang daripada
serangan lanun
3.
Orang Laut mempunyai ciri-ciri kepahlawanan serta mahir tentang selok belok
Selat Melaka
4.
Sikap mereka yang taat setia kepada sultan dan kerajaan tela memberikan sumbangan
yang besar kepada keamanan dan kemajuan perdagangan Melaka
LANGKAH-LANGKAH PARAMESWARA MEMBINA MELAKA
Sistem Pemerintahan yang Teratur
1.
Parameswarra juga telah membentuk sistem pemerintahan yang teratur
2.
Baginda telah mewujudkan jawatan seperti
a.
pembesar yang bertanggungjawab dal hal ehwal balairung seri
b.
40 orang bentara untuk menjalankan perintah raja
c.
Biduabda kecil membawa alat-alat kebesaran raja
3.
Parameswara dan pembesar-pembesar telah menyumbang kepada pembangunan Melaka
ketika itu.
LANGKAH-LANGKAH PARAMESWARA MEMBINA MELAKA
Hubungan dengan Negara China
1.
Mengasaskan perhubungan baik dengan China untuk menjamin keselamatan Melaka
2.
Hubungan persahabatn dengan China telah membawa kepada perkembangan Melaka
dengan lebih pesat lagi
3.
Kedatanga Laksamana Ying Ching, utusan Maharaja China ke Melaka pada tahun
1404 telah membuka jalan untuk menjalinkan perhubungan dengan China
4.
Hubungan ini tidak terputus, pada tahun 1405 dan 1409, Laksamana Cheng Ho telah
datang melawat Melaka mewakili maharaja China
5.
Parameswara telah memohon perlindungan China dan bersetuju menghantar ufti
6.
Sebagai balasan kerajaan China telah mengurniakan
a.
payung kuning
b.
cap mohor
c.
sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan
7.
Antara faedah yang diperoleh ialah
a.
Kerajaan Melaka telah diiktiraf sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat
b.
Parameswara telah diiktiraf sebagai raja yang berdaulat
c.
Melaka memperoleh perlindungan daripada ancaman Siam
d.
Perhubungan ini membolehkan Melaka berkembang maju dan aman damai
LANGKAH-LANGKAH PARAMESWARA MEMBINA MELAKA
Menjalinkan Hubungan dengan Siam
1.
Melaka menjalinkan hubungan dengan Siam iaitu dengan menghantar ufti tahunan
2.
Oleh demikian, Melaka tidak diserang oleh Siam dan menjadikan keadaan Melaka
aman dan damai
3.
Siam juga mengiktiraf kedaulatan Melaka
LANGKAH-LANGKAH PARAMESWARA MEMBINA MELAKA
Kemudahan Pelabuhan di Melaka
1.
Parameswara bijak merancang dan berusaha gigih untuk memantapkan kemudahan yang
terdapat di pelabuhan Melaka
2.
Baginda telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti
a.
Kemudahan gudang untuk menyimpan barang
b.
Kemudahan membaiki kapal
c.
Kemudahan pengangkytan seperti kapal, perahu, jong, lancara. Gajah dan pekerja
turut disediakan
d.
Bekalan air bersih dan makanan
Kegigihan Parameswara Membangunkan Kesultanan Melayu Melaka
1.
Parameswara adalah seorang pemimpin yang bijak dan mempunyai wawasan
2.
Beliau cekap dalam perancangan membangun dan memajukan Melaka menjadi
sebuah pelabuhan yang dapat menarik pedagang asing
3.
Beberapa langkah yang berkesan telah diambil oleh Parameswara untuk
membangunkan Melaka menjadi pelabuhan entrepot
Asal-usul Nama Melaka
1.
Sejarah Melayu
Pokok Melaka
I.
Semasa berburu Parameswara melihat seekor pelanduk yang kecil menendang anjing
perburuan semasa beliau sedang berehat di bawah sepohon pokok
II.
Keberanian pelanduk yang kecil tersebut menjadi ilham kepada beliau lalu menamankan
tempat tersebut Melaka dan berpendapat tempat tersebut sesuai untuk
dijadikan negeri
2.
Istilah Arab
Mulaqah, Malakat
I.
Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang Arab
II.
Mereka menganggap Melaka sebagai Mulaqah iaitu yang bermaksud 'pertemuan'
III.
Mereka juga menyebut Melaka 'Malakat' yang bermaksud 'perhimpunan segala dagang'
3.
Mitos Hindu Karya Skanda Purana (Bahagian berjudul Vaishnara Khanda)
Pokok Amalaka
I.
Nama ini diambil daripada pokok iaitu sepohon pokok iaitu pokok Amalaka
yang pertama tumbuh di alam semesta
II.
Poko ini dianggap mempunyai kuasa ajaib yang berkaitan dengan kekayaan, kesihatan
kekuatan
III.
Menurut mitos Hindu dalam karya Skanda Purana pokok ini dikaitkan dengan kediaman
agama Hinduu iaiatu Brahma Vishu. Buahnya juga dianggap buah ajaib
IV.
Oleh sebab pelabuhan Melaka berkembang pesat, pedagang-pedagang Hindu
mengaitkan Melaka dengan pokok tersebut
Faktor-faktor Pemilihan Melaka
1.
Parameswara mendapati kedudukan tersebut amat baik kerana berhampiran laut
yang menjadi laluan kapal dagang
2.
Bekalan aiir bersih juga mudah diperolehi
3.
Bentuk muka bumi yang berbukit bukau juga boleh dijadikan petunjuk bagi pekerja dan
memudahkan urusan mengawal Selat Melaka
4.
Pokok Bakau dan api-api boleh dijadikan benteng pertahanan dan perlindungan semula jadi

Khamis, 16 Oktober 2008

Kedatangan Parameswara
1.
Di Muar, Parameswara masih berasa tidak selamat untuk mendirikan kerajaan
2.
Pada tahun 1400. Parameswara dan pengikutnya menuju ke utara melalui
Sening Hujung dan Bertam
3.
Akhirnya mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan yang penuh dengan
pohon api-api dan pokok bakau di persisiran pantai
4.
Muara sungainya sangat dalam dan terlindung daripada tiupan angin monsun
5..
Penduduk asal kampung tersebut terdiri daripada Orang Laut, Orang Melayu dan
Orang Asli. Pekerjaan utama mereka ialah nelayan
6.
Parameswara akhirnya membuat keputusan untuk menetap di kampung tersebut dan
mendirikan kota kerana kedudukannya berhampiran laut
Parameswara di Temasik
1.
Setelah gagal membebaskan Palembang daripada cengkaman Majapahit,
Parameswara bersama pengikutnya yang terdiri daripada orang laut berundur ke
Temasik (Singapura)
2.
Pemerintah Temasik pada masa tersebut ialah Temagi, iaitu seorang wakil kerajaan
Siam. Beliau telah meyambut Parameswara dengan baik
3.
Parameswara berpandangan bahawa Temasik boleh berkembang maju kerana
kedudukannya yang strategik
4.
Temasik pernah menjadi naungan Srivijaya. Oleh itu, Parameswara telah menuntut hak
pertuanannya
5.
Parameswara bertindak memunuh Temagi dan seterusnya menguasai Temasik selama
lima tahun. Baginda berusaha mengembalikan semula kegemilangan kerajaan
Srivijaya
6.
Siam akhirnya bertindak terhadap Parameswara dan baginda bersama-sama
pengikutnya terpaksa mencari perlindungan di Muar

sejarah bab 4

Parameswara di Palembang
1.
Melaka telah diasaskan oleh seorang putera raja yang berasal dari Pelembang
Timur Sumatera iaitu Parameswara. Beliau telah mengasaskan Melaka pada 1400
2.
palembang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Srivijaya
3.
Palembang juga pernah menjadi negara di bawah kekuasaan Majapahit
4.
Apabila kerajaan Majapahit mula berpecah, Parameswara telah mengambil kesempatan
untuk membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit
5.
Usaha Parameswara gagal dan baginda terpaksa mencari perlindungan selepas
diserang Majapahit
6.
Parameswara telah lari ke Temasik
Kerajaan Majapahit
1.
Pengasas kerajaan ini ialah Raden Wijaya yang dipengaruhi agama Hindu-Buddha
2.
Melaksanakan sistem pentadbiran Undang-undang Manu
3.
Pentadbiran raja dibantu oleh Perdana Menteri dan empat orang Menteri
4.
Kerajaan Majapahit dikatakan mencapai zaman kegemilangan pada masa
pemerintahan Hayam Wuruk atau Raja Senagara
5.
Baginda dibantu oleh Perdana Menteri yang bernama Patih Gajah Mada
6.
Keamanan yang dicapai oleh kerajaan ini menyebabkan Majapahit dikunjungi oleh
pedagang-pedagang dari Asia tenggara, China, India dan Timur Tengah
7.
Majapahit telah menjadii tempat perdagangan utama pada abad ke - 15 Masihi
8.
Kataha (Kedah Tua) dan Temasik merupakan pelabuhan utama
Kerajaan Kedah Tua
1.
Menurut catatan I-Ching, Kedah Tua atau Che-Cha wujud pada kurun ke-5 Masihi
2.
Kerajaan ini antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu
3.
Pusat pentadbiran kerajaan ini pada awalnya ialah di Sungai Mas dan kemudian
berpindah ke Lembah Bujang
4.
Pada tahap awal kerajaan ini dipengaruhi oleh agama Buddha dan kemudiannya
agama Hindu
5.
Bukti pengaruh agama Hindu-Buddha ialah melalui peninggalan candi di Lembah Bujang
6.
Kerajaan Kedah Tua menjadi pelabuhan persinggahan pelayar di utara Selat Melaka
7.
Kapal-kapal yang belayar dari Arab, perak, India danCeylon di Teluk Benggala akan
singgah di pelabuhan ini sebelum meneruskan palayaran ke tempat-tempat lain.
8.
Gunung Jerai menjadi penanda kepada kapal-kapal bahawa mereka sudah tiba
di pelabuhan Lembah Bujang dan Sungai Mas.
9.
Bentuk muka bumi Kedah adalah rata, ini membolehkan Kedah menjadi pengeluar
padi utama
10.
Status pelebuhan entrepot telah menjadikan Kedah Tua sebagai pusat dagangan hasil
tempetan seperti emas, bijih timah, lada hitam serta hasil hutan seperti damar, rotan,
tanduk dan gading
11.
Kegemilangan kerajaan ini terbukti dengan penemuan arkeologi di Lembah Bujang
iaitu dua keping wang Perak yang dipercayai berasal dari zaman al-Mutawakil (tahun
847 -861 Masihi), manik dari India dan kaca dari Timur Tengah
Kerajaan Srivijaya
1.
Kerajaan Srivijaya diasaskan sekitar abad ke 7 Masihi
2.
Kerajaan ini berpuusat di Palembang, Sumatera yang juga merupakan pelabuhan
pelabuhan Sriivijaya yang penting
3.
Kerajaan ini mempunyai sistem pemerintahan yang tersusun. Sistem pemerintahan
rajanya berkuasa mutlak
4.
Mengikut catatan Arab, raja dianggap sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau
5.
Raja memerintah melalui nasihat daripada menter-menterinya
6.
Menteri-menteri pula adalah orang perantaraan di antara raja dengan rakyat
7.
Sistem pemerintahan Srivijaya dapat diperoleh melalui catatan pada batu bersurat
yang bertarikh 683 Masihi yang dijumpai di Telaga Batu
8.
Mengikut catatan tersebut terdapat tiga bahagian pentadbiran iaitu
a. Pentadbiran diraja
b. Pentadbiran ketenteraan
c. Pentadbiran Daerah
9.
Palembang dapat menguasai Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut Jawa walaupun
Palembang bukan pelabuhan yang strategik
10.
Kerajaan ini telah menguasai seluruh kegiatan perdagangan maritim di Asia Tenggara
11.
Antara hasil bumu Srivijaya ialah damar, cendena, lada hitam, kapur barus dan
kemenyan
12.
Kemajuan kerajaan ini adalah disebabkan kemampuannya menyusun pertukaran
barangan Asia Tenggara untuk keperluan perdagangan antara China, India dan Barat

Rabu, 8 Oktober 2008

Kerajaan Chih TU
1.
Kerajaan Chih Tu atau Tanah Merah terletak di hulu Sungai Kelantan menurut catatan
I-Ching
2.
Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Gautama pada awal abad ke-6 Masihi
3.
Chih Tu mempunyai corak pentadbirannya yang tersusun dan raja pula berkuasa mutlak
4.
Raja dibantu oleh tiga orang menteri yang bertanggungjawab dalam pemerintahan
dan pentadbiran.
5.
Sistem pemerintahannya menerima pengaruh Hindu seperti corak pemerintahan
Srivijaya
Kerajaan Champa
1.
Kerajaan Champa diasaskan sekitar tahun 192 Masihi oleh Chu Lien
2.
Raja Champa ini telah dipengaruhi oleh agama Hindu
3.
Pegawai pemungut cukai terdapat dalam struktur pentadbirannya
4.
Inderapura merupakan pelabuhan yang terkenal
5.
Pengaruh China mula bertapak sekitar kurun ke-13 dan berakhir pada kurun ke-15
6.
Pada tahun 4000 masihi, kerajaan Champa diterajui oleh Bhadravarnom, menurut sumber sanskkrit
7.
Kerajaan Chanpa ditadbir oleh 14 buah dinasti
8.
Pada tahun 655 Masihi, nama Champa mula wujud
Kerajaan Maritim
1.
Kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan masyarakatnya menjalankan kegiatan
yang berkaitan dengan laut seperti perdagangan.
2.
Sungai dan laut dijadikan sebagai sistem perhubungan utama
3.
Keadaan ini menyebabkan munculnya pelabuhan-pelabuhan yang berfungsi dalam
kegiatan perdagangan
4.
Pelabuhan-pelabuhan kerajaan maritim menyediakan pelbagaii kemudahan
seperti bekalan air, tempat menyimpan barang dan pasar atau kawasan jual beli
5.
Segala kemudahan yang disediakan adalah untuk memberi keselesaan kepada
pedagang-pedagang sementara menunggu perubahan angin untuk belayar
6.
Antara kerajaan maritim yang terkenal di sekitar Selat Melaka dan Laut China Selatan
ialah seperti Kerajaan Cih Tu, Champa dan Kedah Tua
7.
Kawasan sekitar Selat Melaka dan Laut Jawa pula muncul kerajaan Srivijaya
8.
Pedagangan kerajaan Maritim meliputi kawasan sekitarnya, serantau, perdagangan
antarabangsa dan entrepot
9.
Pelabuhan entrepot berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang
10.
Barangan dari kawasan pedalaman dan pulau yang berhampiran ialah seperti
hasil hutan, rempah ratus, ubat-ubatan, damarm gaharu dan cendana
11.
Pedagang dari Negara China, India, Arab dan Eropah amat memerlukan barangan ini.
Barangan ini dijual dengan harga yang mahal
12.
Aktiviti perdagangan seperti ini membawa kepada perdagangan bercorak antarabangsa
13.
Oleh sebab perdagangan adalah aktiviti ekonomi utama kerajaan meritim, masyarakat
maritim sudah tentu mahir dalam tekknologi pembinaan kapal
Kerajaan Funan
1.
Kerajaan Funan ialah kerajjaan yang terawal di Asia Tenggara iaitu wujud pada
abad pertama masihi.
2.
Kerajaan ini muncul di bahagian selatan Kemboja yang berpusat di Vyadhapura
3.
Bandar pelabuhan kerajaan ini ialah Oc-Eo
4.
Kepesatan kerajaan ini bergantung kepada bandar pelabuhannya iaitu Oc-Eo.
5.
Kerajaan Funan juga telag membina empangan, terusan dan takungan air untuk
kawasan pertaniannya terutama tanaman padi sawah
6.
Sungai Mekong dan kawasan persisiran pantai adalah sumber bekalan air utama
7.
Raja Kaundinya merupakan raja pertama kerajaan Funan. Beliau menggunakan gelaran
Kurung Bnam yang bermaksud raja-raja gunung
8.
Pemerintah yang paling masyhur kerajaan Funan ialah Fah Shih Min
Kerajaan Agraria
1.
Kerajaan Agraria adalah kerajaan yang terletak di pedalaman dan ekonominya bergantung
kepada pertanian.
2.
Kerajaan ini terletak di lembangan sungai dan kawasan pedalaman.
3.
Antara kerajaan ini ialah kerajaan Funan dan kerajaan Angkor. Kedua-dua kerajaan ini
Lembah Mekong
4.
Pada peringkat permulaan, kegiatan utama masyarakat ini ialah
a. Mengutip hasil hutan
b. Berburu
c. Menangkap ikan
5.
Setelah tinggal menetap, mereka mula menjalankan kegiatan pertanian secara tetap dan
menternak binatang
6.
Hasil utama pertanian ialah ubi taro, padi huma dan padi sawah
7.
Penggunaan air amat penting dalam aktiviti pertanian dan penternakan. Oleh yang demikian,
membina empangan dan terusan untuk menjalankan pertanian dan penternakan binatang
8.
Benteng dan terusan ini dapat membekalkan air untuk mengairi kawasan pertanian seperti
sawah padi
9.
Raja atau pemerintahh pula bertanggungjawabb membina terusan dan menguruskan sistem
pengairan yang dibina
10.
Kegigihan masyarakat agraria ini berjaya membina kerajaan yang terkenal seperti
kerajaan Funan dan kerajaan Angkor
11.
Pertanian merupakan sumber ekonomi utama bagi kedua-dua kerajaan ini
12.
Kegigihan rakyat serta kerjasama antara pemerintah dengan rakyat telah berjaya menguasai
teknologi pembinaan terusan dan saliran akhirnya membentuk sebuah kerajaan agraria
yang kuat
13.
Ini terbukti pertanian juga dapat membantu sebuah kerajaan menjadi maju jika diusahakan
dengan gigih

sejarah bab3

Kerajaan Awal Di Asia Tenggara
1.
Sejarah kerajaan awal di Asia Tenggara di bahagikan kepada dua kerajaan iaitu
a) Kerajaan agraria
b) Kerajaan maritim
2.
Kerajaan agraria terdiri darupada kerajaan Funan dan kerajaan Angkor
3.
Kerajaan maritim terdiri daripada kerajaan Champa, kerajaan Srivijaya, kerajaan Majapahit
kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Chih Tu
Zaman Logam
1.
Zaman logam bermula kira-kira 4000 tahun dahulu. Manusia telah mula mencipta alat gangsa
dan besi
2.
Antara ciri-ciri Zaman Logam ialah
a.
Lokasi
I.
Sungai Tembeling, Pahang
ii.
Gua Harimau, Perak
iii.
Chankat Menteri, Perak
b.
Ciri-ciri penempatan dan masyarakat
I.
Nuka hidup secara menetap di satu tempat
ii.
Penempatan berdekatan dengan sungai dan ada segelintir tinggal di gua
iii.
Mempunyai adat resam
c.
Kegiatan utama
I.
Bercucuk tanam
ii.
Menangkap dan menternak binatang
iii.
Berburu
iv.
Berdagang secara bertukar barang
d.
Peralatan
I.
Mencipta alat logam daripada gangsa dan besi
e.
Kepercayaan
I.
Sudah mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup tertentu
ii.
Mengamalkan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu
Zaman Paleolitik
1.
Ahli sejarah berpendapat Zaman Paleolitik meliputi tempoh masa 200 000 tahun hingga
300,000 tahun dahulu
2.
Ciri-ciri masyarakat Zaman Paleolitik adalah seperti berikut:
a.
Lokasi
I.
Kota Tampan, Perak
ii
Bukit Jawa, Perak
iii
Bukit Bunuh, Lenggong, Perak
iv
Gua Niah, Sarawak
v
Tingkayu, Sabah
b.
Ciri-ciri penempatan dan masyarakat
I.
Hidup berpindah randah atau nomad
ii.
Tinggal di gua dan sekitar kawasan tasik
c.
Kegiatan utama
I.
Memburu binatang
ii.
Memunggut hasil hutan seperti buah-buahan
iii.
Mengamalkan cara hidup sara diri
d.
Peralatan
I.
Menggunakan alat batu untuk menumbuk, memburu dan mempertahankan diri dalam
kehidupan seharian
e.
Kepercayaan
I.
Mengamalkan kepercayaan animisme
ii
Mengamalkan upacara perkuburan
Zaman Neolitik
1.
Mengikut para pengkaji sejarah, Zaman Neolitik bermula 7000 tahun dahulu
2.
Ciri-ciri masyarakat zaman ini adalah seperti berikut
a.
Lokasi di Malaysia
I.
Gua Cha, Kelantan
ii.
Bukit tengkorak, Sabah
b.
Ciri - ciri penempatan dan masyarakat
I.
Tinggal di gua yang berhampiran dengan sungai
ii.
Membuat pembahagian kerja
iii.
Wujud sistem bermasyarakat
iv.
Mempunyai seorang ketua
c.
Kegiatan utama
I.
Bercucuk tanam
ii.
Menangkap ikan
iii.
Menternak binatang
iii.
Berburu
iv.
Memungut hasil hutan
v.
Membuat barang kemas seperti kalung, anting-anting dan gelang
d.
Peralatan
I.
Menggunakan alat batu seperti beliung dan pemukul kulit kayu
ii.
Mencipta tembikar, bekas air, periuk dan belanga
e.
Kepercayaan
I.
Mengamalkan kepercayaan animisme

sejarah bab 2

terdapat beberapa zaman sebelum kita iaitu:
neolitik
paleolitik
logam

sejarah 3 setengah

Sumber Sejarah
Sumber Sejarah terbahagi kepada dua
a.
Sumber pertama atau sumber primer
b.
Sumber kedua atau sumber sekunder
Sumber Pertama
1.
Dikenali sebagai sumber primer
2.
Sumber iini ialah kumpulan sumber atau bahan asli, belum ditafsirkan,
diolah dan dicetak
3.
Sumber primer adalah dalam bentuk
a.
kertas
b.
fosil
c.
artifak
d.
keterangan lisan
4.
Contoh-contoh sumber pertama ialah
a.
Surat peribadi
b.
Diri
c.
Manuskrip yang belum dicetak
d.
Batubersurat
5.
Ahli sejarawah digalakkan menggunakan sumber pertama kerana ia akan membawa
sejarawan menghampiri situasi sebenar yang berlaku
Muzium negara dan arkib negara merupakan tempat menyimpan bahan-bahan
yang boleh dirujuk

sejarah 3

Kaedah Arkeologi
1.
Melalui kaedah arkeologi, fakta yang diperolehi didapati dengan proses gali cari bahan-
bahan purba yang tertanam di dalam tanah atau dasar laut
2.
Ia juga merupakan kaedah saintifik
3.
Bahan yang dijumpai dipanggil sebagai artifak
4.
Kebanyakan bahan ini disimpan di Muzium atau Arkib
5.
Artifak ini dapat menjelaskan kegiatan dan kebudayaan manusia zaman dahulu
6.
Melalui proses pentakrihan radiokarbon, ketepatan usia bahan-bahan tinggalan sejarah
dapat disahkan

sejarah 2

Ciri-ciri sejarah
1.
Terbahagi kepada dua
Fakta yang tepat dan benar
a.
Fakta atau maklumat sejarah bermaksud peristiwa tempat dan tarikh
yang dapat dibuktikan kebenarannya berdasarkan sumber yang sahih
b.
Fakta sejarah tidak boleh direka dan tokok tambah
c.
Fakta sejarah juga perlu dipertangungjawabkan dari segi sumber
dan kesahihannya. Contohnya
d.
Penemuan arkeologi Kota Tampan, Perak membuktikan
penempatan awal di negara kita bermula sejak 35,000 tahun dahulu
Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan pada
1-Feb-01
Penting dan bermakna
a.
Mengingati tarikh lahir, tarikh sambutan hari kebangsaan
hari guru dan segala kejadian berkaitan dengannya adalah
adalah sebahagian daripada sejarah
b.
Setiap orang akan sentiasa mengingati tarikh kelahirannya kerana ia amat
masyarakat dan negara
c.
Kad pintar amat bermakna kepada kita kerana kad tersebut mengandungi
maklumat pengenalan diri, lessen memandu, jenis darah, jenis penyakit
yang dihidapi dan sebagainya
d.
Tarikh lahir, tarikh perkahwinan seseorang atau tarikh kematian
seseorang yang rapat dengan kita adalah tarikh yang amat
bermakna kepada seseorang
e.
Kad akuan Nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam juga
mengandungi maklumat penting tentang perkahwinan seseorang
Majlis seperti Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Pekerja adalah untuk
menghargai guru dan pekerja
Sebab dan Akibat
1.
Sejarah juga menjelaskan mengapa sesuatu peristiwa itu berlaku dan kesan daripada
peristiwa atau sebab dan akibat
2.
Pengkaji sejarah perlu mengkaji perkara di bawah untuk mengetahui sebab dan
akibat sesuatu peristiwa
a. apa
b. siapa
c. bila
d. di mana
e. mengapa
f. bagaimana peristiwa itu berlaku
3.
Sebagai contoh: Kemasukan kaum imigran Cina dan India ke Tanah Melayu semasa
zaman penjajahan British telah mewujudkan masyarakat majmuk di negara ini yang
mempunyai budaya dan amalan sendiri

sejarah

Tujuan Dan Faedah Mempelajari Sejarah
1.
Membuat penilaian mengenai sesuatu peristiwa
2.
Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa
3.
Mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa
4.
Memberi semangat agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mengulangi
keagungan negara seperti pada Zaman Kegemilangan Melayu Melaka
5.
Sentiasa beringat dan berwaspada supaya sesuatu peristiwa yang tidak diingini
tidak akan berulang
6.
Memupuk semangatpatriotisme iaitu perasaan cintakan tanah air
7.
Membantu mwmbuat ramalan pada masa hadapan iaitu tentang sesuatu peristiwa
8.
Semangat cinta yang menebal dan sanggup berkorban untuk mempertahankan negara