Powered By Blogger

Ahad, 19 Oktober 2008

LANGKAH-LANGKAH PARAMESWARA MEMBINA MELAKA
Sistem Perundangan
1.
Parameswara juga telah mewujudkan sistem perundangan untuk perdagangan, kegiatan
pertanian dan kesalahan jenayah
2.
Sistem perundangan ini akan membantu mengekalkan keamanan dan keselamatan Melaka
oleh yang demikian Parameswara dapat membina Melaka dengan berkesan
LANGKAH-LANGKAH PARAMESWARA MEMBINA MELAKA
Bantuan Orang Laut
1.
Mewujudkan keamanan dengan membentuk sebuah angkatan laut demi menjamin
keamanan dan kemakmuran Melaka
2.
Angkatan laut ini terdiri daripada Orang Laut untuk melindungi pedagang daripada
serangan lanun
3.
Orang Laut mempunyai ciri-ciri kepahlawanan serta mahir tentang selok belok
Selat Melaka
4.
Sikap mereka yang taat setia kepada sultan dan kerajaan tela memberikan sumbangan
yang besar kepada keamanan dan kemajuan perdagangan Melaka
LANGKAH-LANGKAH PARAMESWARA MEMBINA MELAKA
Sistem Pemerintahan yang Teratur
1.
Parameswarra juga telah membentuk sistem pemerintahan yang teratur
2.
Baginda telah mewujudkan jawatan seperti
a.
pembesar yang bertanggungjawab dal hal ehwal balairung seri
b.
40 orang bentara untuk menjalankan perintah raja
c.
Biduabda kecil membawa alat-alat kebesaran raja
3.
Parameswara dan pembesar-pembesar telah menyumbang kepada pembangunan Melaka
ketika itu.
LANGKAH-LANGKAH PARAMESWARA MEMBINA MELAKA
Hubungan dengan Negara China
1.
Mengasaskan perhubungan baik dengan China untuk menjamin keselamatan Melaka
2.
Hubungan persahabatn dengan China telah membawa kepada perkembangan Melaka
dengan lebih pesat lagi
3.
Kedatanga Laksamana Ying Ching, utusan Maharaja China ke Melaka pada tahun
1404 telah membuka jalan untuk menjalinkan perhubungan dengan China
4.
Hubungan ini tidak terputus, pada tahun 1405 dan 1409, Laksamana Cheng Ho telah
datang melawat Melaka mewakili maharaja China
5.
Parameswara telah memohon perlindungan China dan bersetuju menghantar ufti
6.
Sebagai balasan kerajaan China telah mengurniakan
a.
payung kuning
b.
cap mohor
c.
sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan
7.
Antara faedah yang diperoleh ialah
a.
Kerajaan Melaka telah diiktiraf sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat
b.
Parameswara telah diiktiraf sebagai raja yang berdaulat
c.
Melaka memperoleh perlindungan daripada ancaman Siam
d.
Perhubungan ini membolehkan Melaka berkembang maju dan aman damai
LANGKAH-LANGKAH PARAMESWARA MEMBINA MELAKA
Menjalinkan Hubungan dengan Siam
1.
Melaka menjalinkan hubungan dengan Siam iaitu dengan menghantar ufti tahunan
2.
Oleh demikian, Melaka tidak diserang oleh Siam dan menjadikan keadaan Melaka
aman dan damai
3.
Siam juga mengiktiraf kedaulatan Melaka
LANGKAH-LANGKAH PARAMESWARA MEMBINA MELAKA
Kemudahan Pelabuhan di Melaka
1.
Parameswara bijak merancang dan berusaha gigih untuk memantapkan kemudahan yang
terdapat di pelabuhan Melaka
2.
Baginda telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti
a.
Kemudahan gudang untuk menyimpan barang
b.
Kemudahan membaiki kapal
c.
Kemudahan pengangkytan seperti kapal, perahu, jong, lancara. Gajah dan pekerja
turut disediakan
d.
Bekalan air bersih dan makanan
Kegigihan Parameswara Membangunkan Kesultanan Melayu Melaka
1.
Parameswara adalah seorang pemimpin yang bijak dan mempunyai wawasan
2.
Beliau cekap dalam perancangan membangun dan memajukan Melaka menjadi
sebuah pelabuhan yang dapat menarik pedagang asing
3.
Beberapa langkah yang berkesan telah diambil oleh Parameswara untuk
membangunkan Melaka menjadi pelabuhan entrepot